Proportion
IMAN & SAINS 2025 - Episod 7

IMAN & SAINS - UBUN-UBUN

aṣiyah: Kawalan Akhlak dalam Otak Kapsul ini menerangkan maksud “naṣiyah” seperti yang disebut dalam Surah al-‘Alaq ayat 15 – 16. Sains moden membuktikan bahawa kawasan frontal lobe di belakang dahi ialah pusat kawalan moral dan tingkah laku manusia. Ini membuktikan ketepatan al-Quran dalam menggambarkan fungsi otak – jauh sebelum teknologi neurologi wujud.
Horizontal Banner

Tajuk: Sempadan Lautan Penyampai: Prof. Madya Dr. Mohd Sukki Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dalam Al-Quran, Allah SWT menjelaskan tentang dua lautan yang mengalir bersebelahan—satu masin, satu lagi tawar—namun dipisahkan oleh batas yang tidak kelihatan. Fenomena ini membuktikan kebesaran Allah yang mencipta pemisahan unik walaupun kedua-dua jenis air bersentuhan. Kajian sains mendapati terdapat perbezaan jelas dari segi kandungan oksigen, saliniti dan ekosistem antara kedua-dua perairan ini, yang masing-masing menyokong kehidupan berbeza. Ini mengukuhkan lagi kebenaran ayat-ayat Al-Quran dari sudut saintifik.

00:00:00 /

Saksikan & dengarkan malam ini, jam 10 malam di tvIKIM & IKIMfm! Iman & Sains Tajuk: Lalat Penyampai: Prof. Madya Dr. Mohd Sukki Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pengisian: Lalat yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW, bersabda tentang lalat jatuh dalam air maka perlu ditenggelamkan kerana salah satu sayap adalah penyakit dan penawar. Dengan tenggelamkan lalat tersebut, dalam kajian menunjukan bagaimana salah satu sayap terdapat bakteria baik dan jahat pada kiri dan kanan sayap. Yang memberikan keseimbangan semula yang sering ditemukan dalam air yang diminum.

00:00:00 /

Menjelaskan kelebihan bekam, dalam sabda Nabi Muhammad bahawa sebaik-baik rawatan adalah bekam. Dengan menjadi saranan nabi dalam perubatan islam. dijadikan juga sebagai sunnah, dalam kajian membuktikan bahawa darah-darah kotor dan toksik yang keluar. Dapat memberikan kestabilan tubuh dan antibodi tubuh. Dengan memberikan mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol, membukti kebenaran yang Nabi Muhammad katakan.

00:00:00 /

Keistimewaan air zamzam dijelaskan melalui sabda Nabi Muhammad SAW, bahawa niat peminumnya. Dengan berniat dan akan menghasilkan ubat, kerohanian dan kelebihan tersendiri. Terdapat beberapa siri dokumentasi kelebihan zamzam seperti menghilangkan kelaparan, menjaga kesihatan dan lain-lain untuk mukjizatnya. Kajian juga menjelaskan bahawa zamzam adalah anti bakteria semulajadi pada hari ini.

00:00:00 /

Puasa dan Autophagy (الصيام في الإسلام) Kapsul ini mengupas hikmah puasa dari sudut sains kesihatan melalui konsep autophagy, iaitu proses pembersihan sel rosak dalam tubuh yang diaktifkan ketika berpuasa. Penemuan ini – yang diiktiraf melalui Hadiah Nobel – membuktikan kebenaran firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 184. Ibadah ini memberi manfaat yang menakjubkan kepada rohani dan fisiologi.

00:00:00 /

Susu: Antara Darah dan Najis Kapsul ini menyorot keajaiban ayat al-Quran dalam Surah al-Nahl ayat 66. Proses biologi ini kini disahkan sains, di mana susu dihasilkan dengan sangat bersih walaupun melalui sistem pencernaan dan darah. Ini menjadi bukti kebesaran Allah dalam mencipta keseimbangan tubuh haiwan dan nikmat rezeki.

00:00:00 /

aṣiyah: Kawalan Akhlak dalam Otak Kapsul ini menerangkan maksud “naṣiyah” seperti yang disebut dalam Surah al-‘Alaq ayat 15 – 16. Sains moden membuktikan bahawa kawasan frontal lobe di belakang dahi ialah pusat kawalan moral dan tingkah laku manusia. Ini membuktikan ketepatan al-Quran dalam menggambarkan fungsi otak – jauh sebelum teknologi neurologi wujud.

00:00:00 /
Footer Banner