Merentas Benua: Turkiye Mengembara merentas benua, menyusuri bumi yang pernah menjadi pusat kegemilangan tamadun Islam dan saksi jatuh bangunnya sejarah dunia. Dari kota Istanbul yang mempertemukan Asia dan Eropah, ke masjid-masjid agung yang menjadi lambang kekuatan ummah, setiap destinasi membawa kisah tersendiri kisah perjuangan, keilmuan dan warisan yang terus hidup hingga hari ini
Merentas Benua: Turkiye Perjalanan diteruskan dengan lebih mengagumkan! Kali ini, tvIKIM membawa anda menyaksikan keindahan luar biasa bumi Turkiye, dari tapak batu kapur Pamukkale yang putih memukau, ke peninggalan sejarah di teater purba Hierapolis, hingga ke manisan terkenal Munira Turkish Delight yang menggoda rasa. Tidak terhenti di situ, kami turut singgah ke perkampungan indah Cumalıkızık, menikmati ketenangan di Emirgan Park, dan menelusuri keagungan seni bina di Masjid Hagia Sophia serta pelbagai lagi tempat menarik. Inilah perjalanan yang bukan sekadar melihat tempat, tetapi memahami makna di sebalik sejarah. Bukan sekadar merakam pemandangan, tetapi mengambil ibrah untuk masa hadapan. Perjalanan Merentas Benua Turkiye ini menjadi lebih bermakna dan tersusun dengan sokongan Rahman Brothers Travel & Tours yang memastikan kembara berjalan lancar, selesa, dan penuh pengisian bermakna. Jangan lepaskan episod penuh keunikan, budaya, dan kisah menarik Turkiye ini — Merentas Benua: Turkiye, eksklusif di tvIKIM.