Arafah #QuranHour 2026 membawa tema The Chosen One — mengangkat ruh Hari Arafah sebagai medan tarbiyah untuk melahirkan insan pilihan Allah yang dipandu oleh al-Quran dalam membina diri, keluarga dan masyarakat. Berinspirasi dari perjalanan haji yang membentuk jiwa hamba, pemimpin, dan pejuang ummah, program ini mengajak masyarakat kembali kepada wahyu sebagai asas kekuatan spiritual, kesatuan, dan perubahan. Melalui tadabbur al-Quran selama satu jam, Arafah #QuranHour menjadi seruan untuk melahirkan generasi yang bukan sekadar beriman, tetapi bersedia memikul amanah untuk memperbaiki ummah dengan nilai ikhlas, sabar dan pengorbanan. Bersama kita manfaatkan peluang ini untuk reset jiwa dan mInda Tonton secara langsung dan On-Demand hanya di www.tvikim.my — bila-bila masa, di mana sahaja! #quranhour #IslamItuDamai #SebarkanSalam #MADANIMembantu #tvIKIM